Entri kali ini ditujukan buat kaum-kaum yang mendorong spesis lain dapat idea mengarut. Tak pernah akan mahu letih dari menyusahkan, menyesakkan, dan menyengsarakan hati, kaki, tangan, seluruh jiwa dan roh sekalian alam. Tidak cukupkah dengan mencari dosa tebar jala fitnah menangkap yang lemah? Gembirakah dengan merudum jatuhkan orang lain seraya anda bangun tersenyum gah? Banggakah dengan jaya yang dicapai dan anda terima kalungan emas dan ucap tahniah? Anta hebat. Anti mengagumkan. Manusia paling hebat di dunia, bahkan?
Sudah cukup aku kunci mulut. Tanpa kata-kata balas. Tiada bicara hujah. Buat apa? Mereka tetap begitu. Perasan diri akan menang senantiasa. Apa faedahnya dibuat begitu, tidak pula difikir. Singkat. Apa yang dimahu, tidak pula disuarakan lantang dengan lagak berani mati. Hidung tinggi. Mendongak. Macam tadi. Diam tidak semestinya setuju. Itu dulu. Grow up,man! Sia-sia dan buang masa hidup aku sahaja bercakap. Patut nyah sahaja dari hidup aku. Tidak perlu aku buka mulut keluar kata nista kepada kamu lagi. Biar aku tenang. Biar orang lain tenang.
Seruan aku, cubalah hidup jangan menyusahkan orang lain. Aku berusaha ke arah itu my whole life, n i'll surely gonna keep striving. Sayangnya, kamu semua tidak begitu. Hampa. Letih sudah. Dikatakan akal yang satu tidak dapat melihat dunia lebih luas, tidak melihat seluruh alam, tidak pandang jauh ke depan. Hebat yang berkata itu. Sejauh ini dia melihat. Sedalam ini fikiran dia ada. Sebijak ini akalnya melata. Seluas ini hatinya menggapai. Pemimpin konon.
And people would say, ' A year older, a year wiser'.....To some, NO.
Dua Puluh Dua
1 year ago
emo lelebey la ko mokcik. haha.
ReplyDeletecis, diorg memang lowlifes.
ReplyDeleteagak2, orang yang entry ini didedikasikan padanya, baca tak?
ReplyDeletesekali, aku rupanya. d'oh!
sapo make cili,dio lah segho pedah.....
ReplyDeletesame2 lah kita memaafkan...yang berkata cuma manusia biasa